Kena bedah mulut ler pulak...

awal bulan aritu pergi cabot gigi di Klinik Pergigian Klang. punya la sedap dihempap kepala dengan 'barang' doktor gigi tu...
aku biar jer dia wat apa pun. dah cabot yang longgar tu dia cakap nak cabut tunggul kat sebelah gigi yang telah dicabut.
oleh kerana sedap jer kena hempap aku kata ok. balik rumah citer ngan XYL aku dia cakap bagus la tu... after 2 days aku rasa macam bernanah jer kat dalam. pastu keluar lendir berwarna hijau berbau busuk melalui hidung ngan tekak. loya aku dibuatnya.. mahu taknya...dia punya bau sungguh busuk dari tahi aku berak... dan rasa lendir tu macam apa pun tak dapat aku bayangkan. aku rasa mesti ada masalah ngan gigi aku nie... XYL aku cakap itu ler Dr tu bagi rasa barang bukan free... kena bayor tu. dah tak bayor kena sakit la

Dr. Z tu ada wat oppoinment untuk cek semula gigi aku tu pada 17hb feb 2010, aku pun p cek tunggu punya la lama sbb orang tetiba jer macam klinik rawatan harian. setelah nombor naik aku masuk DR lain lak sbb DR Zaha tu MC. dia cek serba sedikit then aku story ler serba sedkit tentang apa yang aku rasa kat dalam mulut aku.dia suruh aku ikut nurse pergi X-ray.
memamg ada akar yang tertinggal kat dalamdan telah masuk terlalu dalam hingga telah tikam bahagian sinus iaitu rongga kosong antara hidung dan gusi.. dia kata kena rujuk pakar bedah mulut kat klinik perigian Hospital Tunku Ampuan Rahimah. kena terus pergi sbb mereka dah tepon ke sana dan pakar tu sedang tunggu. terpaksa la aku gegas ker HTAR.

Pakar bedah mulut cek & x-ray 3 4 kali....sampai guna yg jenis aku tak nah tgk pun ada mesin x-ray nyer. boleh putar putar pusing kepala... hasilnya doktor tu nampak la gigi tersebut... decision nyer kena operate. dia setkan 22hb baru nak admit... dan sambil bergurau ngan aku,"esok boleh ker kiter operate? tersentak aku... terus pucat. aku snyum sumbing jer lah..
18hb setelah hantar harmonic aku, wafi ker tadika n antar waqi ker babysitter... n setelah XYL aku pergi kerja, dapat panggilan telefon dari hospital untuk admit.... kelam kabut aku... tepon isteri aku cakap kena admit. terus dia balik rumah. dah separuh jalan dia nak ke opis CIMB. aku di admit ke wad 3B katil 4a... tunggu kena puasa jam 12 mlm. semalam aku tunggu turn aku masuk OT dekat 4 jam. masuk jer ker OT jam 12 tgh ari, aku dibius tak sedar apa pun. sedar sedar jer dah siap. hilang muka hensem aku nie... bengkak abis.. kena bedah sebelah luar n dalam gusi n dia jahit semula. tulang lelangit kena buang skit. abis separuh mulut aku kena bedah... aku dilarang berrkumur, bersin atau tersedak , hempus angin kuat2 atau pun menjerit atau pun meludah... teruk gak la aku. nak ngajar camana nie... nasib baik dia bagi mc sampai 28hb..
hari nie dah bole kuar wad. Dr dah discharge pagi tadi tapi document akan siap tengah hari atau petang nanti.

harap harap dah sembuh... boleh ngajar kembali... banyak benda kat sekolah nak kena cover nanti.. pastu event merentasdesa peringkat daerah nanti aku jadi hakim ronda untuk larian bawah 15 tahun, tak tahu la sapa ganti... anak anak murid aku apa dah jadi... kecian depa sampai dekat 2 minggu tak belajar....

No comments:


Popular Posts