MARSHALL atau MARSHAL




kenkadanga aku nie naik geram jer tgk kereta-kereta yang guna stiker nie... pastu wat macam jalan raya nie diorang yang punya... kalo aku cakap dioarang marah.. ada yang aku tegur di jalanraya nak pukul aku.. dah la tak da lesen wat macam qualified Marshal.... Stiker MARSHALL tu baik buka jer kalo xda lesen dan tahu ejaan yang sebenar. Huh.. ingat nie Marshall Amerika ke? ala polis Amerika tu.. polis zaman koboi.. hehheee.. pemilik gambar nie jgn marah yea.. aku pinjam jer sebagai rujukan..

ejaan yang betul MARSHAL.. bukannyer MARSHALL. itulah kesilapan peminat peminat kereta. lekat stiker tu pastu berlagak pandai sperti mereka dah tahu peraturan dan tugas seorang Marshal.
bukanya nya aku kata kua nie pandai dan tahu semua peraturan dan tugas marshal. aku tahu serba sedikit jer.. aku pom tak berlesen... maklom lah nak ambik lesen bukannya murah tapi mudah. banyak rakan aku dah ambik. baru baru nie ada yang b ambik lesen Marshal nie kat seremban.. yuran RM400. dengar citer bulan depan ada nak wat kat terengganu lak.. mana nak cekau duit RM400 tu..

penggunaan beacon pom tak dibenarkan. TAPI... boleh dibenarkan dengan kebenaran polis setelah memohon penggunaannya untuk suatu konvoi di luluskan. Warna beacon ada merah biru dan kuning.
Jangan sesekali guna merah dan biru.. hanya pihak berkuasa sahaja yg dibenarkan.. kenderaan syarikat keselamatan (jaga) pom sepatutnya tidak dibenarkan guna kecuali kuning. bnayak orang tak tahu.. strobe light pom sepatutnya tak leh guna.. banyak lagi la. semasa konvoi tidak benarkan kenderaan bergerak lebih dari 80km/j kalo tak silap aku.. tak leh wat sekatan jalana untuk lepas kenderaan di lampu isyarat.. yang boelh wat camtu hanya polis trafik jer.. polis baju biru pom tak boleh.. sepatutnya la...

jadi diharapkan pada yang tak berlesen dan masih guna MARSHALL tu elok buka jer stiker tu.. wat malu jer..

Cara tangani Stres


TANGANI STRES - Sihat Sepanjang Hayat

Kuasai kemahiran untuk menyelesaikan masalah cara
IDEAL

I - kenal pasti masalah (identify the problem)
D - jelaskan pilihan yang boleh diambil (describe posibble options)
E - buat penilaian bagi setiap cadangan - baik & buruknya (Evaluate consequences of each option - the pro's & con's
A - bertindak - pilih salah satu cara untuk bertindak (Act)
L - belajar dari pengalaman sama ada hasilnya berjaya atau tidak (Learn)


Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah

* Berfikir cara positif.
* jangan salahkan orang lain jika berlaku kesilapan.
* Belajar menyukai diri sendiri.
* Usahakan apa yang terbaik dari apa yang anda ada.
* Belajar menerima apa yang tidak dapat diubah.
* Jangan risau tentang kekurangan yang ada.
* Bertenang.
* Lakukan senaman selalu.
* Adakan hobi yang sesuai untuk anda.
* Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah.
* Dapatkan tidur yang cukup
* Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
* Bersifat arsetif. Berani berkata "TIDAK" untuk kegiatan luar, jemputan atau temujanji yang anda tiada masa untuk hadiri.
* Tetapkan matlamat yang realistik untuk anda. Tidak semua yang diingini, anda kecapi. Sedarilah bahawa tidak semua pekara penting seperti yang anda sangkakan.

STRESS




Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres.

Stres ialah tindakbalas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan. kita semua mengalami stres dirumah, sekolah atau tempat kerja.

kita perlu sedikit stres untuk berfungsi secara berkesan. Adakalanya stres boleh juga menjadi faktor motivasi terhadap perkembangan hidup seseorang. Stres yang keterlaluan boleh jejaskan kesihatan.

Kenapa anda stres?
* Diri sendiri (contoh: anda kecewa, anda tidak dapat apa yang anda mahu)
* keluarga anda (contoh: Masalah dengan suami/isteri dan anak, pindah rumah, masalah kewangan.)
* pekerjaan anda (Contoh: anda tidak dapat menyiapkan kerja, anda tidak cemerlang dalam kerja, ketua anda tidak berpuas hati dengan kerja anda, anda tidak di naikkan pangkat atau dibuang kerja)
* Komuniti anda (contoh: jiran dan komuniti tidak ramah)

Bila anda rasa stres...
- jantung berdengup kencang dan sukar bernafas.
- anda cepat marah.
- anda tidak gembira.
- anda kehilangan selera makan.
- anda hilang minat berkerja.
- anda tidak lagi menikmati hobi.
- anda tidak cukup tidur.
- anda menenking-nengking.
- anda membaling sesuatu
- anda cuba menjauhkan diri


Apa yang sepatutnya dilakukan bila kita marah:
^ menyedari yang anda sedang marah.... katakan: "saya sedang marah"
^ Bertenang..... kira sehingga 10, tarik nafas panjang dan mengucap.
^ cuba dengar penjelasan orang lain.
^ kenal pasti kenapa anda marah
^ cuba dengar penjelasan orang lain.
^ jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hati atau menghukum orang lain.
^ anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan.
^ membiasakan diri memaafkan -manerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesilapa.

Rawatan Psoriasis

Bagaimanakah psoriasis dirawat?
setakat sekarang tiada rawatan yg boleh menyembuhkan psoriasis ni. namun ada banyak car untuk meredakan penyakit ini. berbagai krim dan salap boleh digunakan untuk mengawal tanda-tanda penyakit ini. ini termasuklah krim steroid, salap tar arang, salap ditanol dan calcipotriol. ubat-ubat ini mestilah digunakan aatas nasihat dan dibawah pengawasan doktor.

Gunanya cahaya matahari...
ya. kompenan cahaya sinar ultra ungu (ultra violet) daripada cahaya matahari boleh menolong mengurangkanpsoriasis. ia didapati berguna bila digunakan bersama tararang atau ditranol.
Sinar cahaya ungu sahaja seperti UVB atau dengan memakan bersama ubat psoralen (PVA-psoralen dan uva telah digunakan dgn jayanya dalam rawatan psoriasis.

Ada sebarang pil yg boleh digunakan?
contohnya Metotresat, acitretin, ciclosrin dan suphasalazin amatlah berguna dalam rawatan psoriasis yang tenat. penggunaan pil ini perlulah cermat dan diawasi doktor kerana ia berupayamenyebabkan kesan sampingan yg buruk. Penyiasatan darah perlu dijalankan untuk mengesan kesan sampinganburuk seperti kerosakan hati, buah pinggang dan sum sum tulang.

Anda boleh juga dapatkan maklumat di:

www.dematologi.org.my/psoriasis
www. psoriasis.org
www.nsc.gov.sg/comskin/psoriasi/psoriasi.html

Psoriasis berjangkit?

Adakah psoriasis mudah berjangkit?
Jawapannya TIDAK. anda tak akan mengidapi penyakit psoriasis walaupom menyentuh orang yang mengidap penyakit ini.


Adakah kena kawal pemakanan?
Jawapannya tidak. walapom rakan rakan aku banyak suruh aku jadi vegeterian... mana boleh aku anak melayu kampung.. makan perlbagai jenis makanan... berdasarkan apa yg aku baca dari sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia, tiada apa-apa kaitan di antara psoriasis dengan makanan. Psoriasis juga berlaku di dalam semua kaum di Malaysia walopom juadah makanan setiap kaum amat berbeza.


Apa yang boleh menjadikan ia lebih kritikal?
Tekanan fizikal dan emosi boleh membuat psoriasis bertambah teruk. infeksi, kulit kering dan sesetengah ubat seperti ubat pil steroid, beta blocker yg digunakan untuk rawatan darah tinggi dan lithium, sejenis ubat yg digunakan untuk rawatan tekanan jiwa.

Boleh jejas hubungan seks ke?
Sepatutnya tidak sedikit pun menjejaskan perhubungan seks sekiranya pasangan mengidap psoriasis.boleh rujuk doktor jika ada keraguan.

boleh jejaskan proses kehamilan?
tidak. kalo perempuan subur dah tentu boleh hamil dan bayi atau kandungan adalah seperti biasa. Jikalo seorang wanita itu hamil, kadangkala, keadaan psoriasis bertambah baik semasa hamil. sebaliknya mungkinbertambah buruk.

Adakah anak-anak mengidap psoriasis?
adalah disyaki terdapat kaitan genetik dalam penyakit ini tetapi sukar untuk membuat ramalan samada anak anda akan mengidap penyakit ini atau tidak.
terdapat keadaan di mana beberapa ahli keluarga mengindapi psoriasis pada masa yg sama. Ada juga pesakit psoriasis ni tidak mempunyai sebarang sejarah keluarga yg mengidap psoriasis.

Apakah Psoriasis?

Adakah anda tahu apa itu PSORIASIS?
Psoriasis adalah sejenis penyakit kulit yang kronik iaitu berpanjangan dan berulangan. Penyakit ini terutamanya melibatkan kulit dan muncul sebagai tompok-tompok merah dengan sisik-sisik tebal dipermukaan. selain daripada tubuh dan anggota badan, penyakit ini juga melibatkan kulit kepala dan kuku. Di antara dua puluh pesakit psoriasis, lebih kurang seorang mungkin mengalami masalah sendi-sendi (arthritis).

Apakah yang menyebabkan psoriasis?
Punca tidak diketahui... sampai sekarang para doktor dan saintis masih mencari punca dan sebab yg sahih. Penyelidikan menunjukkan ada kaitan dengan genetik bersangkut-paut dengan faktor lain. Adakalanya (tidak semestinya) penyakit tu dibawa turun temurun.

Adakah psoriasis merupakan sejenis penyakit yang lazim?
Psoriasis merupakan sejenis penyakit yang lazim dan melibatkan kira kira 2% daripada penduduk. Di Malaysia ada lebih kurang satu suku juta orang mengidap penyakit ini.

Siapa yang boleh mengidap Psoriasis?
Biasanya psoriasis nyata muncul pada peringkat dewasa tetapi boleh juga timbul pada peringkat kanak-kanak ataupun usia tua.


Apakah yg terjadi kepada kulit yg mengidap psoriasis?
sel-sel kulit membesar lebih cepat daripada biasa. Akibatnya, sel-sel ini bergerak keatas dengan cepat lalu menghasilkan sisik-sisik tebal yg dapat diperhatikan.
Saluran darah dibawah kulit juga menjadi lebih besar lalu meningkatkan aliran darah. {eningkatan bekalan darah ini menjelaskan kehadiran tompok-tompok merah dan juga mengapa kulit berdarah bila digaru.

delema penyakit psoriasis?

kebanyakan semua orang tak tahu menatang apa la PSORIASIS nie...
ada yg kata orng yg kena sakit psoriasis nie kulit kering la, alahan tak leh makan makanan laut, dan macam-macam. paling teruk diorang kata kusta. capoi betul mulut depa nie... orang utara cakap la... kira nya mulut takda insuran betul...
aku dah kena sakit nie... aku tahu camna perasaannya bila sakit.. pedih bila kulit jadi kering dan pecahluka.. dan tahu perassaanny bila orang asyik pandang jer kat tangan atau kaki ker kat mana-man yg jadi psoriasis nie.. nasib aku jadi kat jari tangan dan kaki jer...

sekatrang aku bergantung pada vaselin sebagai pelembab bila ubat psoriasis aku abis...
aku sekarang nie hanya menggunakan betamethasone...
sampai bila nak guna ubat steriod nie..

Popular Posts