ASTRA Central Region Meeting 2011

MUZAKARAH ASTRA WILAYAH TENGAH

Adalah dimaklumkan dan dijemput semua ahli-ahli, bukan ahli dan peminat radio amatur Wilayah Tengah untuk bersama-sama bermuzakarah, bermesyuwarah, berbincang, eyeball ke:


MUZAKARAH ASTRA WILAYAH TENGAH
Tarikh: Sabtu, 23hb April 2011
Masa: 2:00 petang
Lokasi: Dewan Orang Ramai Taman Makmur Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur
Koordinat GPS: N 3' 5' 20.1" E 101' 43' 28.1"


Tentatif:
1.30pm - 2.00pm - Pendaftaran
2.00pm - 4.00pm - Muzakarah/Mesyuarat/Perbincangan
4.00pm - ke atas - Eyeball & Acara bebas

* Pendaftaran keahlian ASTRA dibuka pada hari tersebut. Sila download borang keahlian di blog ini, Website ASTRA atau blogspot Astra Tengah.

diy power supply for mobile rig

Here is a guide to modify your PC power supply unit to power up your mobile rig. If its done correctly you can have a cheap (regulated) VDC power supply solution for your mobile rig to operate at home.
Step I
First get a ATX PC power supply from the nearest computer store. Price is around RM30-70 but better get an expensive one... because the amp is a bit high than the cheaper.



Make sure it could supply sufficient current. Look at the label. We need at least 16amp at 12V for a sufficient operation of mobile rig. Lower Ampere rating means that your mobile rig can't transmit with a typical HIGH setting (50w). i suggest better get 22amp and above.


Step 2

Look for ATX power connector. Look for black and green wire at the ATX connector. The wire position is 4th from the top left side of the connector and 4th from the bottom right side from the connector as pictured above.





Cut the black and green wire. Trim all the other wires as we wont need them.
Tie both Black and Green wire together. Connect both Green and Black wire to bypass the PC Power Supply unit. Insulate it with some tape. and switch on the power supply. If the fan is running, that means you’ve successfully completed this step!







Step 3.
Turn off the power supply. Look for HDD, CDROM power connector, as pictured above. Cut all wire from the connector.






Separate 2 black wires and one yellow wire. Combine both black wires together.

Look for an extra mobile rig power connector, this can be obtained from electronic shops car accessories, or car battery shop.

Connect the yellow wire (+12 volt DC) to the positive terminal at the power connector as pictured above. Connect both black wires together and put it to the negative terminal as picture above too.






Step 4
Cut all unnecessary wires, connector, and leave the power supply with just the rig power connector like this. It will look much more presentable and neatly prepared.





Take 1 red wire and 1 black wire, tied up to resistor. Used 10 watt 5.6 ohm J. it use to stabilized the power when you transmit.





You can test the output voltage of this power supply by testing it with Voltmeter/Multimeter. Here you can see that the power supply output voltage is about 12V, which is sufficient to power a mobile rig (13.8V +/- 15%).

Finally, connect the power supply to your mobile rig to power it up. Enjoy your QSO!





FAQ: Nice, but my mobile rig require 13.8VDC to operate, this PSU only supplies 12V, it won’t work.

 Actually it can work. Mobile rigs requires 13.8 +/- 15% VDC to work (check your rig manual). and that gives a range about 11.7V – 15.8V of stable voltage potential. So a 12V power supply with sufficient current (15A and above) is definitely sufficient to power the mobile rigs.


Good Luck.. have a try...
*** I'm looking for diagram that can change PSU to 13.8v and can tx up to 100w. It can be use more than one at once. Do tell me if you know how...

Bukan ekor pari tapi duri landak nie...

Menunggang motor pom bole APRS.

Nak cepat pandai belajar Morse Code?

Kaedah Koch

Secara tradisional, kod Morse diajar dengan cara susah dengan cara menerima semua kod pada kelajuan perlahan dan kemudian maju ke kelajuan yang lebih tinggi.

kaedah Koch, iaitu cara lain membuktikan bahawa anda harus mulai belajar dengan kelajuan yang dikehendaki - tetapi anda bermula dengan hanya 2 karakter yang dihantar secara rawak. Setiap sesi adalah lima minit, dan setiap kali anda mendapatkan 90% atau 100% betul, anda boleh menambah hanya 1 karakter lain. Kombinasi Koch adalah seperti berikut K M U R E S N A P T L W I J Z F O Y V G Q H B C D X. Untuk nombor pula, 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0. Kombinasi sebenar Koch adalah terdiri dari gabungan huruf dan nombor, saya telah mengasingkan antara karakter ini bagi memudahkan sesi pembelajaran.
Kaedah Koch dicipta oleh psikologis Jerman Ludwig Koch pada 1930-an.

Pemasaan Farnsworth.

karakter dihantar pada kelajuan yang tinggi, tetapi jarak tambahan dimasukkan di antara aksara dan kata-kata untuk melambatkan kelajuan penghantaran sebenar. Keuntungan dari ini adalah bahawa anda terbiasa untuk mengenali watak pada kelajuan yang lebih tinggi, dan dengan demikian akan lebih mudah untuk meningkatkan kelajuan nanti.

ARRL menggunakan pemasaan Farnsworth untuk penghantaran, latihan dan kaset ujian dengan kelajuan 18 WPM (90 CPM).

Pemasaan Farnsworth dicipta oleh Donald R. Farnsworth (W6TTB) pada akhir 1950-an.

Kaedah Rekaan 9W2PJU

Satu kombinasi telah dicipta dengan memulakan latihan dari huruf yang dianggap susah kerana bunyi yang terdiri dari 4 dit atau dah. Apabila anda dapat menguasai huruf yang dianggap susah ini, secara tidak lansung huruf yang terdiri dari 2 dit atau dah, 3 dit atau dah akan menjadi lebih senang.
Pemasaan untuk kaedah ini sama seperti Koch, jika sasaran anda untuk mencapai kelajuan 12WPM, cadangan kelajuan adalah 14 ke 15WPM bergantung kepada kesusaian diri. Jika termampu, teruskan bermula dari 18WPM. Tidak menjadi masalah untuk bermula dari kelajuan yang tinggi kerana anda tidak akan selamanya ingin bekerja pada kelajuan 12WPM.
Kombinasi adalah FL QY BV PX CZ JH DG KR OS WU MI NA TE.  Setiap sesi adalah 10 ke 15 minit, bermula dengan 2 huruf dihantar secara rawak dan setiap kali anda mencapai 90% atau 100% betul, anda boleh menambah 2 huruf yang lain. Jangan tambah sebarang huruf jika anda masih ragu-ragu. Jika anda berjaya menyalin dari FL QY BV PX CZ JH, nescaya huruf DG KR OS WU MI NA TE akan menjadi senang.

Teknik Pengasingan Dit Dan Dah.

Teknik ini mengasingkan antara bunyi dit dan dah. Bermula dengan huruf E I S H , T M O, dan seterusnya seperti aliran dalam carta ini



Kelajuan yang disarankan adalah seperti pemasaan Farnsworth. Kaedah ini sesuai untuk mereka yang "tone deaf". Ini adalah kerana bunyi antara dit dan dah telah diasingkan supaya mereka lebih senang untuk membezakan antara bunyi tersebut. Software yang dicadangkan boleh didapati di http://www.justlearnmorsecode.com/
Ini adalah kerana software Justlearnmorsecode ini sangat ramah pengguna, tone dan kelajuan boleh diubah mengikuti citarasa, kombinasi yang boleh diubah mengikut pelbagai kaedah serta pattern penghantaran yang menyerupai ayat sebenar.

p/s: perlu diingat bahawa kod Morse adalah kod bunyi. sebarang cara untuk mengingati kod secara Visual Mnemonic adalah cara yang salah sama sekali, kecuali dengan cara Syllabic Mnemonics. setakat ini masih tiada dokumen tentang Syllabic Mnemonics kod morse yang sesuai dalam bahasa Melayu, kecuali dalam bahasa Inggeris. sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Morse_code_mnemonics . 
Jangan belajar dalam keadaan yang selesa, jangan biasakan dengan 2 spacing, cuba 12WPM, 13WPM atau 14wpm single spacing dan paksa diri anda sampai ke kemuncak. Latihan Kod Morse adalah untuk membina reflek di dalam minda, bukan formula ataupun teknik mengira berapa dit atau dah. Biasakan dengan irama sesuatu huruf. Jika tonenya tinggi, mungkin kod itu akan berbunyi seperti "tit ta, ta ti ti ti", jika tone itu sedang-sedang, morse akan berbunyi seperti "dit da, da dit dit dit, dan juga jika tone terlalu rendah, mungkin akan berbunyi seperti, "bi ba, ba bi bi bi", oleh itu jangan bertanggapan bahawa Kod Morse itu akan berbunyi sempurna, cuba biasakan dengan perbagai tone bunyi dan kelajuan. Sebagai latihan, jika anda melihat sesuatu huruf, biasakan dengan menyanyikan irama huruf itu di dalam hati. Sebagai permulaan, cubalah satu huruf sehari, dengar sambil salin di kertas. Mendengar tanpa menulis huruf adalah sia-sia bagi mereka yang baru berjinak dengan Kod Morse.




Sesungguhnya tiada satupun kaedah yang boleh menjanjikan penguasaan anda dalam Kod Morse jika anda sendiri tidak berusaha. Latarbelakang seseorang adalah berbeza dari segi IQ, jantina, umur, pendidikan, pekerjaan, bakat, kesungguhan dan lain-lain. Anda harus mencuba pelbagai kaedah dan bereksperimentasi dengannya supaya anda temui teknik yang paling sesuai bagi diri anda.
 
"Practice makes perfect"
"Alah bisa tegal biasa"

Selamat mencuba.
 
petikan dari http://9w2pju.hamradio.my

Mega Eyeball at Putra Palace

JEMPUTAN KE MAJLIS MEGA EYEBALL SEMPENA AGM ASTRA KE-14.


Jemputan Ke Majlis Mega Eyeball Sempena
AGM ASTRA kali ke-14 Tahun 2011

Dijemput semua rakan-rakan ham hadir ke majlis tersebut.

Tempat : PUTRA PALACE HOTEL,KANGAR
PERLIS.

Tarikh :15/4/2011. (Jumaat)

Masa : 8.00 malam.



Turut diundang jemputan khas: YAB.MENTERI BESAR PERLIS.




Sumbangan sebanyak RM10 (bagi seorang) & RM20 (bagi yg membawa keluarga)

Semoga tuan-tuan & puan-puan dapat hadir ke majlis mega eyeball tersebut.
Sekian terima kasih.




TEMPAT PENGINAPAN:

Sila Hubungi:

9W2OKY :019-5058668 (Shofee)

9W2HZB :019-4282784 (Halim)
























RAE SIRI 1 2011

Untuk makluman semua rakan2, permohonan untuk menduduki Peperiksaan Radio Amatur Siri Pertama 2011 telah dibuka secara rasmi.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 29/4/2011.  Jam 5.00pm. 
Tarikh dan masa peperiksaan ialah 15/6/2011. Jam 2.00pm.
Selamat mendaftar untuk rakan2 yang akan mendaftar dan menduduki RAE nanti. 
Klik sini untuk borang RAE / click for the RAE Form. 

Meeting ASTRA 2011

Mesyuarat Agung ASTRA Kali ke-14

Tarikh : 16 April 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan KEMAS Alor Tampang, Beseri, Perlis


Agenda:

1. Melantik Pengerusi Mesyuarat
2. Melantik 2 Pencatit Minit Mesyuarat
3. Ucapan Presiden ASTRA
4. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-13 2010
5. Pengesahan Laporan Kewangan 2010
6. Membahas usul (memanjangkan semula usul pindaan keahlian)
7. Membahas usul (jika ada)
8. Pembubaran Jawatankuasa 2010/2011 & perlantikan Jawatankuasa 2011/2012

Sebarang usul boleh di e-mailkan terus kepada setiausaha.astra@gmail.com

Sekian dimaklumkan. Terima kasih

Popular Posts