RAE siri 2010/3

Pada tarikh 06 Oktober 2010, para SWL akan menghadapi peperiksaan lesen radio amatur.
bertempat di Hotel De Palma Inn, Shah Alam jam 2.00 petang untuk sesi wilayah tengah.
diharap para rakan semua dapat menjawab dengan baik.. gunakan sepenuhnya masa yg diberi..
3 jam tu.. macam ambik exam kimia atau fizik..
disini hamba memohon maaf gak kerana tak dapat mengiringi rakan rakan ke dewan peperiksaan...

Good Luck, Semoga Berjaya.

Surf Internet via Henpon percuma

Anyway, sebut percuma, semua orang terbeliak mata. Siapa yang taknak benda percuma kan? Benda ni saya tak pasti sama ada Maxis tahu atau tidak kebocoran dalam sistem mereka.

Since ketagihan terhadap Facebook, Twitter dan internet semakin menjadi-jadi ni, so siapa yang ada guna handphone agak canggih (boleh install application), Saya kongsi cara untuk korang surf internet secara percuma melalui handphone. Saya tahu pun dari member dan sedikit search melalui Google. Tapi untuk pengguna Maxis prepaid (Hotlink) aje lah. Untuk pengguna telco selain Maxis, sorry la tak dapat nak tolong.

If baru tahu, silalah update. Kalau nak terus beramal pun, apa salahnya. Ok, silalah follow cara-cara berikut:-

1. Download dan install Opera Mini 5 ke dalam handphone korang. Korang boleh download terus via handphone melalui address ini: m.opera.com

Dan kalau korang malas nak membazir kredit (sebab phone korang takde WiFi, boleh lah download secara manual di http://www.opera.com/mobile) kemudian install sendiri ke dalam phone korang.

2. Dah setel download dan install, korang kena ubah setting line phone korang dulu dari Maxis Line ke Maxis Broadband. Benda ni penting sebab ini yang membuatkan korang boleh online secara percuma tak kira di mana-mana sahaja. Follow cara berikut.

* Press * 100 #


* Select 7 for service


* Select 1


* Select 9 for Prepaid Broadband


* Select 4 for Server Switching


* Select 2 to switch to Prepaid Broadband


* Finally, press 1 to Proceed

3. Then korang akan dapat sms berbunyi “your SIM has been changed to the profile of Broadband. APN = bbnet you” dari nombor 28222. So sekarang line korang dah pun ditukarkan kepada Prepaid Broadband.

Bila korang tukar line SIM korang dari line kepada Prepaid Broadband, takde effect pelik yang jadi cumanya korang tak dapat nak receive atau send apa-apa MMS lagi. MMS bukan SMS ye. Tapi kalau korang nak switch back setting asal, follow je balik cara nombor 2 tadi. Untuk tukar-tukar setting line ni, tiada charge akan dikenakan untuk berapa kali pertukaran yang dibuat pun. Yahoo! Free lagi!!

So dah pun selesai.Now pergi kat menu application handphone korang untuk run Opera Mini 5 (Opera Mini 4 pun boleh) yang korang download & install tadi. Sekarang, korang dah boleh surf ape-ape website pun secara percuma. Tak percaya,try la surf apa-apa website dalam beberapa minit then check balance balik. Berkurang ke tidak balance korang tu? Tak berkurang kan? Chantekk!! He2

So sekarang korang bebas nak main Twitter ke, Facebook ke atau apa sahaja yang memerlukan line internet dari handphone korang. Bukan untuk surf je, tapi untuk download apa sahaja adalah percuma. Semuanya percuma dan jangan lupa ucap terima kasih kepada Maxis yang baik budi dan tentunya orang yang penat menulis & menciplak idea2 dari tenet. heheheehe....

Beberapa mobile web yang popular:

1. Facebook Mobile (m.facebook.com)
2. Facebook Touch (touch.facebook.com)
3. Yahoo Mobile (m.yahoo.com)
4. Youtube Mobile (m.youtube.com)
5. Gmail Mobile (m.gmail.com)
6. Google Mobile (m.google.com)
7. Twitter Mobile (m.twitter.com)
8. Myspace Mobile (m.myspace.com)
9. Ebuddy Mobile (m.ebuddy.com)
10. Zedge Mobile (m.zedge.net)

Pssttt: Benda ni actually bukanlah hack pun tapi hanya dari setting. Dah lama sebenarnya tapi ramai lagi yang tak tahu so sharing is caring..

PERUBAHAN SETTING 9M4RBC

PENGUMUMAN:

Berkuatkuasa sertamerta, setting 9M4RBC ditukarkan seperti berikut:

Frequensi: 147.750MHz
Offset : -0.600
Tone : 85.4

Harap Maklum.....

Tahun ini dah beberapa kali repeater nie tukar frekuensi. harap dah berubah. Poming kepala eden menyeting budak kecik....

result RAE siri 2010/2

to all amateur radio operator and swl..
the result already come out..
so better check your result and get the form.
Let's go funting 9M for their signature..
check callsign idaman anda samada masih kekosongan..
Bila dah dapat callsign jadilah operator yg berkhemah jaga sopan santun diri semasa QSO
kita adalah duta kecil malaysia... so better make be a good radio Operator...

cek sini result anda....

cek callsign yang ebelebel.... kat skmm

p/s - Dah dapat sayap jgn lupa daratan.. so selamat terbang tinggi diudara...

RAE 2010-3 & CW test 2010-2


The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) will be

holding the third series of the Radio Amateur Examination (RAE) and the
second series of the Morse Code Test for the year 2010, pursuant to
Regulation 26(2) of the Communications and Multimedia (Technical
Standards) Regulations 2000.

For further details please click on the links below:

http://www.skmm.gov.my/index.php?c=public&v=art_view&art_id=724

Frekuensi Astra Linking yang baru

dalah dimaklumkan, berkuatkuasa serta merta setting terhadap frekuensi linking transnasional ditukar seperti di bawah:

Repeter: 9M4RGH (ex 9WG318)
Frekuensi: 145.675MHz
Offset: -0.600
Tone: 103.5

Harap maklum.

CLUBHOUSE ASTRA WILAYAH TENGAH

GOTONG ROYONG PERDANA MEMBERSIH DAN RENOVATE CLUBHOUSE ASTRA WILAYAH TENGAH

click sini

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Disini kami memohon kerjasama semua terutama AJK/Biro & Ahli-ahli ASTRA dan semua Amatur/SWL bagi memaklumkan serta menjayakan aktiviti seperti dibawah :

Tarikh : 4hb Julai 2010 ( Ahad)
Masa : 1:00 Tghari - Hingga selesai.
Tempat : No 5A Jln. Pengeluaran U1/78, Batu 3 Light Industrial Park,
40150 Shah Alam Selangor

Rujuk Peta : seperti diatas
GPS Info : N03" 4.905' E101" 33.406'

Infokan kpd semua, supaya membawa bersama peralatan-peralatan utk kerja-kerja pembersihan. Sebarang bentuk sumbangan seperti perabot, peralatan-peralatan elektrik ataupun wang ringgit amat dialu-alukan.

Utk details, sila hubungi Program Coordinator dibawah :

9W2WPC - En. Badrul 017-3092630
9M2VOL - En. Kamal 012-3160357

Atau mana-mana AJK/Biro yang berhampiran. Terima kasih diatas sokongan & kerjasama semua.



copy from Blog ASTRA wilayah tengah

Berubah lagi yer frekuensi nie..

PERUBAHAN terhadap Frekuensi 9M4RBC


Tanggal 26 JUN 2010 yang lalu frekuensi berubah lagi..

Berkuatkuasa serta merta, setting terhadap frekuensi 9M4RBC telah ditukarkan seperti berikut:

Frekuensi Baru: 146.8750MHz
Offset : -0.600
Tone : 85.4

Harap maklum.
Ramai Baru Ceria

Memancar tanpa callsign

Pagi tadi aku monitor ASTRA (Jalur panjang) setelah habis rakan rakan QSO...
Seorang hamba Allah telah masuk jalur dan membuat panggilan.. seperti begini..
"Memangil 9W2IML, err..P*** ***** Wiskey Mike Romeo(**-WMR) panggilan..'
Dia membuat panggilan sebanyak 2 kali...
nasib baik abg ismail tak sahut panggilan tu... sbb dah QRT

Serba salah aku, aku nak tegur tapi itulah sebab suara macam dah tua dari aku...
tapi aku pom hairan kenapa dia bole masuk jalur panjang tanpa callsign yang sah.. Dia tak tahu ker? Dia tak leh memancar di frekuensi radio amatur tanpa callsign 9W
Dia masuk guna callsign kelab komersil radio amatur.. xda orang yang mengajar dia SOP ker?
mmm... kalo aku cakap camni orang kata aku ni kurang ajar.. tu lah antara punca aku susah nak tegur orang.
tak kira la ko belajar memancar dari kelab komersil ker atau memancar frekuensi haram ker apa ker.. kita patut belajar SOP & tahu apa patut dilakukan dan yang tak patut dilakukan dalam pengendalian radio amatur nie.
aku rasa aku yg belajar secara frekuensi harami dulu pom taknah wat camtu..
harap harap pekara ni tak terjadi lagi dimasa hadapan...

Kelas RAE siri 2 ASTRA Tengah

Utk update terkini biro perdidikan & perlesenan dan semua, kelas persediaan RAE -Wilayah Tengah akan diadakan seperti berikut.

  • Aktiviti : Kelas Persediaan RAE 02/2010 (Wilayah Tengah)
  • Tarikh : 27 June 2010
  • Masa : 8am - 5pm
  • Tempat : Bilik Gerakan Sekolah Kebangsaan Seksyen Enam, Jalan Belibis 6/5, Seksyen 6, Shah Alam
  • Gps Coordinate : N 03 5’ 4” E 101 30’ 38”

  • Bayaran : RM 40 (Utk Nota, Alat tulis serta Sumbangan Dana 9M4RBC)

Sila war-warkan kpd semua ahli/swl.
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran ahli/swl boleh dimajukan kepada mana2 AJK/Biro-biro

Terima kasih diatas kerjasama semua.

Popular Posts