kisah basikalku GT Avalanche


Inilah basikal aku yang ada sekarang...
Satu penyiksaan bila tiap-tiap hari asyik kena perli jer... telinga merah, berdesing-desing. Aku biar jer ia masuk kanan kuar kiri...

Tapi itu dulu la tapi semenjak ada rakan rakan ham nie yg berkecimpung dalam dunia basikal membuatkan hati nie membuak-buak untuk mengayuh semula... teringat kenmbali kenangan zaman muda di alam persekolahan... di Kangar, Perlis.







XYL aku cakap elok ler...
dah bersawang dan berlumut basikal tu...
tak payah kayuh untuk kurus.... Abang mmg payah nak kurus, boleh dapat badan yg sihat udah...
Dia cakap dia mesti bermimpi kalo aku kayuh pastu jadi kurus semula... sbb dia tau aku mmg payah kurus sbb kerangka badan dah jenis besar...




aku baru jer tukar tiub baru jenis maxxis. cikadak tungkit tul kedai tu, dia cas aku rm15. selalu nyer murah jer. XYL pandang jer.... sbb mahal dari tiub motor. aku beli sekali ngan adaptor tiub basikal aku. yg lama dah hilang sbb banyak sangat pindah umah dalam masa 6 tahun aku kerja kat saltmine aku di bukit tinggi, klang.

XYL pun dah mula mintak belikan basikal gak. tuntut janji katanya.. janji mesti dikota biar lambat tak mengapa janji dapat....hehheeee letih aku sebelum kayuh. nyesal ku masa aku bujang dulu aku kata nanti akan belikan satu kat dia. untuk kayuh bersama sama aku suatu hari nanti..
nah amabik kau.. dia dah tuntut daaa...

Nantikan episod cerita sejarah aku dan basikal.

No comments:

Popular Posts