AGM ASTRA ke 13

NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN ASTRA KALI KE 13
NOTIS ini adalah diberi untuk memaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Tahunan ASTRA Kali Ke 13
akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : Sabtu, 20 Mac 2010
Tempat : Dewan SMT Taiping, 34600 Kamunting, Perak
Masa Pendaftaran : 9.00 pagi
Masa Mesyuarat : 10.00 pagi
AGENDA MESYUARAT
1. Melantik Pengerusi Mesyuarat
2. Melantik 2 orang Pencatit Minit Mesyuarat
3. Ucapan Presiden & Perasmian
4. Laporan Setiausaha Kehormat
5. Laporan Bendahari Kehormat
6. Membahas Usul Pindaan Perlembagaan
7. Membahas Usul Tergempar
8. Melantik AJK Pengurusan Sesi 2010/2012

9M4RBC dah 100% ok

Pengumuman:

Atas kerjasama dan sokongan semua rakan-rakan, Pasukan ASTRA tengah telah berjaya membaikpulih semula repeater 9M4RBC pada hari semalam 26/2/2010.

Sedikit perubahan teknikal telah dilakukan untuk memastikan pemancaran yang lebih baik.

Sila Ubah Setting Tone kepada 85.4 serta merta untuk memastikan anda boleh memancar di 9M4RBC seperti biasa. Frekuensi dan offset adalah seperti biasa.

AA tukar wajah...

Kepada semua rakan-rakan yg mempunyai AA dimaklumkan AA sudah bertukar wajah. Kepada rakan-rakan yg ingin menukar AA yg lama kepada baru boleh terus ke pejabat MCMC. Bayaran untuk penukaran AA ialah sebanyak RM10.00 dan gambar (tak pasti berapa keping). Kalau tak bawa gambar jadi macam saya kena laminate sendiri.

AA baru ini mempunyai dua bahagian:-



Bahagian 1 untuk digantung di base.




Bahagian 2 boleh simpan dlm poket sebab saiz dia kecil sebesar saiz lesen memandu

TQ for the info 9W2CRE....

Kelas Persediaan RAE 2010-1

Merujuk kepada notis terbaru SKMM, peperiksaan akan diadakan pada ,Tarikh: 14/4/2010, Masa: 2:00pm, Lokasi: Tengah & Utara. Sehubungan dengan itu, Astra Wilayah Tengah akan menganjurkan Kelas Persediaan seperti di bawah:

(1) Kelas Pertama
Tarikh: 28/03/2010 (Ahad)
Masa: 9:00am - 5:00pm
Tempat: Pusat Pendidikan JAIS, Jln. Bukit Jati, Kg. Jawa, Klang.

(2) Kelas Kedua
Tarikh: 4/04/2010 (Ahad)
Masa: 9:00am - 5:00pm
Tempat: Pusat Pendidikan JAIS, Jln. Bukit Jati, Kg. Jawa, Klang.

Tenaga Pengajar: 9M2AGC & 9M2GTR
Bayaran: RM40.00*
Lain-lain: Nota & Alatulis disediakan.

*Bayaran minima dikenakan bagi mengisi tabung repeater 9M4RBC yang semakin kempis, bayaran dewan kuliah dan nota-nota.

Untuk keterangan lanjut atau tempahan dan bayaran, sila hubungi:

9W2MSG - Pak Suhaimi - 016-3064300 / 016-3859795
9W2AKY - Abang Zaki - 012-3353253

sekian terima kasih.

Kod Etika Radio Amatur

1. Amatur Radio Berjiwa Perwira
2. Amatur Radio adalah Setia
3. Amatur Radio adalah Progresif
4. Amatur Radio adalah Ramah Tamah
5. Amatur Radio adalah Berjiwa Seimbang
6. Amatur Radio Patriotik

Kena bedah mulut ler pulak...

awal bulan aritu pergi cabot gigi di Klinik Pergigian Klang. punya la sedap dihempap kepala dengan 'barang' doktor gigi tu...
aku biar jer dia wat apa pun. dah cabot yang longgar tu dia cakap nak cabut tunggul kat sebelah gigi yang telah dicabut.
oleh kerana sedap jer kena hempap aku kata ok. balik rumah citer ngan XYL aku dia cakap bagus la tu... after 2 days aku rasa macam bernanah jer kat dalam. pastu keluar lendir berwarna hijau berbau busuk melalui hidung ngan tekak. loya aku dibuatnya.. mahu taknya...dia punya bau sungguh busuk dari tahi aku berak... dan rasa lendir tu macam apa pun tak dapat aku bayangkan. aku rasa mesti ada masalah ngan gigi aku nie... XYL aku cakap itu ler Dr tu bagi rasa barang bukan free... kena bayor tu. dah tak bayor kena sakit la

Dr. Z tu ada wat oppoinment untuk cek semula gigi aku tu pada 17hb feb 2010, aku pun p cek tunggu punya la lama sbb orang tetiba jer macam klinik rawatan harian. setelah nombor naik aku masuk DR lain lak sbb DR Zaha tu MC. dia cek serba sedikit then aku story ler serba sedkit tentang apa yang aku rasa kat dalam mulut aku.dia suruh aku ikut nurse pergi X-ray.
memamg ada akar yang tertinggal kat dalamdan telah masuk terlalu dalam hingga telah tikam bahagian sinus iaitu rongga kosong antara hidung dan gusi.. dia kata kena rujuk pakar bedah mulut kat klinik perigian Hospital Tunku Ampuan Rahimah. kena terus pergi sbb mereka dah tepon ke sana dan pakar tu sedang tunggu. terpaksa la aku gegas ker HTAR.

Pakar bedah mulut cek & x-ray 3 4 kali....sampai guna yg jenis aku tak nah tgk pun ada mesin x-ray nyer. boleh putar putar pusing kepala... hasilnya doktor tu nampak la gigi tersebut... decision nyer kena operate. dia setkan 22hb baru nak admit... dan sambil bergurau ngan aku,"esok boleh ker kiter operate? tersentak aku... terus pucat. aku snyum sumbing jer lah..
18hb setelah hantar harmonic aku, wafi ker tadika n antar waqi ker babysitter... n setelah XYL aku pergi kerja, dapat panggilan telefon dari hospital untuk admit.... kelam kabut aku... tepon isteri aku cakap kena admit. terus dia balik rumah. dah separuh jalan dia nak ke opis CIMB. aku di admit ke wad 3B katil 4a... tunggu kena puasa jam 12 mlm. semalam aku tunggu turn aku masuk OT dekat 4 jam. masuk jer ker OT jam 12 tgh ari, aku dibius tak sedar apa pun. sedar sedar jer dah siap. hilang muka hensem aku nie... bengkak abis.. kena bedah sebelah luar n dalam gusi n dia jahit semula. tulang lelangit kena buang skit. abis separuh mulut aku kena bedah... aku dilarang berrkumur, bersin atau tersedak , hempus angin kuat2 atau pun menjerit atau pun meludah... teruk gak la aku. nak ngajar camana nie... nasib baik dia bagi mc sampai 28hb..
hari nie dah bole kuar wad. Dr dah discharge pagi tadi tapi document akan siap tengah hari atau petang nanti.

harap harap dah sembuh... boleh ngajar kembali... banyak benda kat sekolah nak kena cover nanti.. pastu event merentasdesa peringkat daerah nanti aku jadi hakim ronda untuk larian bawah 15 tahun, tak tahu la sapa ganti... anak anak murid aku apa dah jadi... kecian depa sampai dekat 2 minggu tak belajar....

1st Eyeball SagaIswaraClub Amateur Radio Team (SIC-ART)

Pada 29 Januari 2010 adalah tarikh yang amat penting bagi SIC-ART.
bertempat ukay perdana...
mahu tidak nya, pada hari tulah 1st Official TT SIC Central & juga 1st Eyeball SIC-ART.
kehadiran rakan rakan radio amtur agak membanggakan lah.
antara yang hadir...
1. 9w2rzi
2. 9w2wzy
3. 9w2hln
4. 9w2wad
5. 9w2mmb
dan beberapa rakan yang tak tulis nama daftar kehadiran...
tetapi banyak rakan SWL yang hadir...
1. sic-kit
2. sic-jai
3. sic-jat
4. sic-yuz
begitu juga yang baru nak berjinak dan baru nak tahu tentang radio amatur....

pada hari tersebut kami telah naikkan 2 antena untuk rakan rakan memanggil bagi tunjuk arah ke ukay perdana tu..
kami telah setupkan 1 cenel untuk calling SIC & 1 cenel untuk astra...

sempat aku qso ngan baim 9w2bhm yg bermobile ke perlis...
dia tak dapat hadir ker eyeball tersebut jadi dia telah meminjamkan peralatan amatur untuk display dan juga untuk kegunaan pada hari tersebut.
Banyak rakan rakan SIC datang bertanya tentang radio amatur... segala pertanyaan dilayan dengan baik...
harap harap banyak rakan rakan SIC akan masuk dan mendalami radio amatur....
disini diselit serba sedikit gambar semasa aktiviti berjalan...

tengah QSO di ASTRA ngan 9W2BHM

Antar peraltan yang digunakan.... yaesu 2900


9w2wad bersama SWL yg datang




tengah sibuk setup portable station...



antena homebrew yang sempat di snap...

9M4RBC Kembali berkumandang...

Dalam diam-diam 9M4RBC nie dah boleh digunakan semula...
rasa seronok nya tak terkira la.. mahu tidaknya..
dok tungu punya tunggu tak siap siap lagi repair...
Naj ikut rakan rakan pergi naik bukit genting repair tapi ada jer halangan yang membuatkan hajat tak tersampai...
2 kali diajak tapi tak tercapai gak... tiap tiap hari mesti buka cenel 147.850
(9M4RBC)tapi sunyi jer... tak der sebarang feedback dari repeater bila cuba menembak ker pancar ulang.
Lega rasanya setelah lama tak QSO kat pancar ulang nie... telah terubat jam 2 petang 17hb feb semalam...
QSO ngan abang asrul 9W2RIN, abang Ramli 9W2LLO, Cik Anuar 9W2NUT & 9W2APH cikgu Fauzi....
hehheheh pasni kita tengok sapa pula jadi morning crew... 9M4RBC...

Congatulation.... SWL..

Congatulations....
to all my friends that already got their result yesterday...
so bye bye to the title "SWL" Welcome to 9W2...

hehehhee.... syukur alhamdulillah....

ramai rakan rakan telah berjaya didalam peperiksaan radio amatur sesi disember 2009-2

tahniah untuk rakan rakan dalam SIC-ART (SagaIswaraClub Amateur Radio Team)

dan juga YL dan XYL mereka yg berjaya...

pada yang tak berjaya cuba lagi bulan April nanti..


Popular Posts