Hamfest Malaysia 2012

 
 
 
 
Festival Hamfest Malaysia 2012:
Sekali lagi munculnya Festival Hamfest Malaysia 2012 yg akan diadakan pada:-

Tarikh : 19 & 20 Mei 2012

Bertempat : Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

 
Menjemput kepada semua rakan2 Ham 1 Malaysia utk hadir kemajlis tersebut. Tapak perkemahan juga turut disediakan kpd rakan2 yg ingin bermalam.

Aturcara : 19/5/2012


9.00am - Pendaftaran peserta dan pengunjung

10.00am – 10.00pm Booth Pameran/jualan/ aktiviti Dxing
10.00am – 1.00tgh - Taklimat RAE (khemah utama)
2.30ptg - 3.30pm - Taklimat Spesifikasi pensijilan SIRIM –
4.00ptg - 6.00pm - Majlis persamian
8.30pm - 11.00pm - Sesi perkongsian pengalaman dan aktiviti
radio amatur tempatan dan luar negara
- Karaoke

20/5/2012 ( AHAD )


9.00am Pendaftaran pengunjung

9.00am - 6.00pm - Pameran/Booth jualan/ aktiviti Dxing
10.00am - 12.00tgh - Tele-match radio amatur
2.30pm - 5.00pm - Aktiviti Dxing/pertandingan Vespa antik
5.00pm - Ucapan dan penyampaian sijil
penghargaan semua peserta
6.00pm - Bersurai.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Roslan Ghani (Event Manager)
+60193378088
9M2YRS - Rasid Sidek
+60193317388
9W2HOZ- Pak Lah
9W2JQQ -Pak Razif

Info pasal RAE 2012?

Info pasal RAE? klik sini

https://sems.skmm.gov.my/sems/exams/examinfo

dah boleh terima pakai ker ?

SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF (38)dlm JPJ 228/1/1(8) jld 3 bertarikh 13 April 2012

SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF
Bilangan 1 Tahun 2012


Senarai Lapan (8) Permohonan Teknikal Bahagian Kejuruteraan Automotif Yang Digugurkan


Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas


2 Untuk makluman pihak tuan, di bawah Seksyen 12(D) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menggariskan bahawa pemilik kenderaan memaklumkan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan sekiranya terdapat perubahan maklumat selepas pendaftaran yang melibatkan berat, dimensi, ciri ciri pembinaan, warna butir butir pengenalan atau tempat duduk. Berdasarkan seksyen ini, Bahagian Kejuruteraan AUtomotif telah melakukan pelbagai transaksi yang melibatkan pengubahsuaian teknikal yang melibatkan identiti dan ciri ciri keselamatan sesebuah kenderaan


3 Namun begitu, bagi tujuan memudahkan orang awam berurusan dengan pihak JPJ, beberapa permohonan teknikal ini AKAN DIGUGURKAN DAN AKAN DIGANTIKAN dengan satu buku garis panduan berkenaan pengubahsuaian kenderaan persendirian. Garis panduan ini penting terutamanya bagi tujuan penguatkuasaan dan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Kejuruteraan Automotif. Senarai permohonan teknikal yang akan digugurkan adalah seperti berikut :

1 Permohonan pemasangan sunroof/moonroof
2 Permohonan bawa tangga/bot/surfboard/basikal
3 Permohonana tukar gear manual / automatik
4 Permohonan memasang kanopi
5 Permohonan memasang kanvas
6 Permohonan menambah aksesori (winch, spotlight, kangaroo bar, snorkel)
7 Permohonan memasang roof-rack (para bumbung)
8 Permohonan membina badan bas baru


4 Sehubungan dengan itu, semua pengubahsuaian kenderaan persendirian yang melibatkan permohonana di atas TIDAK PERLU lagi memohon kelulusan daripada Bahagian Kejuruteraan Automotif dan menjalankan pemeriksaan di PUSPAKOM. Sebarang pertanyaan berkenaan ini boleh dirujuk kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif, Ibu Pejabat JPJ.


Sekian, terima kasih



"MESRA, CEKAP, TELUS"


Saya yang menurut perintah


IR HAJI MOHAMAD BIN DALIB
-----------------------------------------



Popular Posts