Ketam Melayu dan Ketam Cina

Paste from another blog of mine... (http://wadywazy.blogspot.com/2009/09/ketam-melayu-dan-ketam-cina.html)

Ketam Melayu dan Ketam Cina

Mungkin agak sensitif apa yang nak ditulis kali nie..tapi terpaksa kita akui,sebab kadang memang ada sifat begi ni dalam diri kita...terima lah ia sebagai satu yang positif,berfikir dengan hemah dan secara intelek..

Cerita nie famous kalau rakan yang selalu pergi kursus motivasi dan sebagainya...bukan mengutuk bangsa sendiri dan memuji bangsa lain,tapi ini lah hakikatnya...komuniti kita,bangsa kita melayu yang boleh dikatakan 99.99% beragama islam.

Ketam cina
Andai dibeli ketam cina,sebanyak 10 ekor lalu diletakkan didalam satu baldi yang agak tinggi.anda diingatkan supaya berhati2,anda juga diingat kan untuk menutup baldi tersebut....jika tidak anda akan kehilangan semua ketam2 tersebut...

Ketam melayu
Andai dibeli ketam melayu,juga dibeli sebanyak 10 ekor.Tidaklah perlu terlalu berwaspada untuk menutup baldi tersebut...jangan khuatir dan bimbang,ketam melayu tersebut takkan lari kemana.....ketam melayu akan tetap berada didalam baldi sehingga ia letih lalu boleh meragut nyawa semua ketam2 tersebut...

Kesimpulan....kenapa ketam cina kalau tak ditutup akan terlepas....ini kerana seekor ketam cina yang berjaya melepaskan diri dari kurungan tersebut,akan cuba untuk melepaskan rakan2nya yang lain...tidak ada sifat iri hati didalam diri ketam2 tersebut.Mereka akan cuba menolong satu sama lain dan bermuafakat diantara satu sama lain....cuba lihat jika mereka berniaga....tiada rasa iri hati...jika kita ingin membeli sesuatu brg yg tiada dikedai mereka,tanpa rasa iri hati mereka akan cuba memberi tahu bahawa kedai rakan mereka ada menjual barangan tersebut....Mungkin ada sebilangan kecil kes yg melibatkan iri hati dikalangan mereka,tetapi mungkin bilangan nya terlalu kecil......cuba lihat pula jika mereka membuka restoran..jika berniaga bersebelahan sekalipun,mereka akan berusaha menaikkan perniagaan mereka dgn cara mereka tersendiri..

Ketam melayu..????hehehehehe...pabila seekor ketam cuba memanjat utk melepaskan diri,ketam lain akan cuba menarik ketam tadi supaya jatuh balik kebawah....kenapa???kerana ketam2 lain merasakan bahawa mereka akan tertinggal didalam kurungan...tidak pernah berfikiran positif bahawa rakan yang terlepas tadi akan cuba membebaskan ketam2 yang lain....bersyukur jugalah kiranya ketam yang terlepas tadi akan membantu ketam2 yang lain....andai tidak bernasib baik,ketam tersebut akan membiarkan ketam yang lain...biar dia seorang yang terlepas tanpa memikirkan yg dia akan keseorangan nanti...perhatikan org kita,jika berniaga kedai makan,jika dilihat pesaing kita berjaya,mulalah dilakukan guna2,santau dan sebagainya....mulalah mengatakan kedai yg berjaya tuh menggunakan pelaris ataupun mandrem.....klu kedai dia laku kita akan cuba guna2 supaya kedai nyer akan jatuh...itu yg kritikal...kalau yang tak krikal,apa yang dibuat,kalau rakan tadi famous dengan mee kari,dia jugak akan cuba meniaga mee kari....tanpa keluar sebarang idea..memang ada idea,tapi akan dinamakan penjenamaan semula....tiru hat org,tapi tambah mender lain...tak kreatif langsung....kalau meniaga kedai runcit pulak...klu brg takdak kat kedai,bila ditanya saper ader jual...akan dijawab"entahlah bang saya pun tak tau.."

APA MACAM????ader rasa marah tak dengan artikel saya...???hehehehe...duduk diam2 pikirkan..???betul atau tidak...tapi zaman dah berlalu,saya percaya masyarakat kita semakin berubah...ideologi pemikiran juga turut berubah...bangga dengan anak melayu seperti Yayasan Albukhori yang masih mahu menolong anak bangsa kita...tapi 1 dalam 100...atau mungkin 1 dlm 10,00 atau mungkin 1 dalam sejuta....Mungkin kita tidak sehebat albukhori yang kaya raya dpt membantu org lain,namun percayalah,bantuan yang diperlukan bukan sekadar dalam bentuk wang ringgit malah ianya boleh dipelbagaikan dalam banyak bentu...

Bukanlah tujuan artikel ini untuk menunjukkan sifat racist saya,tetapi ianya lebih kepada pemahaman dan konsep "Erti Hidup Pada Memberi"

No comments:

Popular Posts