LawakCikgu 4&5

Seperti biasa, Cikgu Pa nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Cikgu Pa mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau mengajar bab"cara berwudhuk" Selepas mengajar, beliau (Cikgu Pa) selalu meminta
muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Cikgu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man
Man : Ada Cikgu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Cikgu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Cikgu : Allahhuakbarr!!!


PART V

Cikgu Pa : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu.
Cikgu Pa : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Pa : Bagus! Sekarang giliran Man pula. Apakah tugas daun pisang?
Man : untuk membungkus nasi lemak, cikgu...
Cikgu Pa : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas.

1 comment:

HAFIZAL said...

best gak....lawaknya

Popular Posts