BOSS, mintak balik kerja awal, boleh?

Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu. Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya boleh guna satu jer. Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Bila tau macam tu jer, ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni;

Mula-mula seorang kerani seksi yang kiut miut;
Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah Boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, boleh sembahyang jemaah. Lagi lagi banyak pahalanya!

Kemudian, datang pula seorang supervisor;
Supervisor : Saya bulih balik awai ke Boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng...
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;
Pengurus : Boss!
Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?
Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!
Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang jenazah... Ada orang kampung saya ninggal baru sejam lepas, nak sembahyang jenazah... ala sebelah umah jer! Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!

Tiba pula giliran Mat Peon;

Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
Boss : Naper?
Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Mat Peon : Ima Acih Boss!!! Wahahahahahahah! !

No comments:

Popular Posts