Apakah Psoriasis?

Adakah anda tahu apa itu PSORIASIS?
Psoriasis adalah sejenis penyakit kulit yang kronik iaitu berpanjangan dan berulangan. Penyakit ini terutamanya melibatkan kulit dan muncul sebagai tompok-tompok merah dengan sisik-sisik tebal dipermukaan. selain daripada tubuh dan anggota badan, penyakit ini juga melibatkan kulit kepala dan kuku. Di antara dua puluh pesakit psoriasis, lebih kurang seorang mungkin mengalami masalah sendi-sendi (arthritis).

Apakah yang menyebabkan psoriasis?
Punca tidak diketahui... sampai sekarang para doktor dan saintis masih mencari punca dan sebab yg sahih. Penyelidikan menunjukkan ada kaitan dengan genetik bersangkut-paut dengan faktor lain. Adakalanya (tidak semestinya) penyakit tu dibawa turun temurun.

Adakah psoriasis merupakan sejenis penyakit yang lazim?
Psoriasis merupakan sejenis penyakit yang lazim dan melibatkan kira kira 2% daripada penduduk. Di Malaysia ada lebih kurang satu suku juta orang mengidap penyakit ini.

Siapa yang boleh mengidap Psoriasis?
Biasanya psoriasis nyata muncul pada peringkat dewasa tetapi boleh juga timbul pada peringkat kanak-kanak ataupun usia tua.


Apakah yg terjadi kepada kulit yg mengidap psoriasis?
sel-sel kulit membesar lebih cepat daripada biasa. Akibatnya, sel-sel ini bergerak keatas dengan cepat lalu menghasilkan sisik-sisik tebal yg dapat diperhatikan.
Saluran darah dibawah kulit juga menjadi lebih besar lalu meningkatkan aliran darah. {eningkatan bekalan darah ini menjelaskan kehadiran tompok-tompok merah dan juga mengapa kulit berdarah bila digaru.

No comments:

Popular Posts