Psoriasis berjangkit?

Adakah psoriasis mudah berjangkit?
Jawapannya TIDAK. anda tak akan mengidapi penyakit psoriasis walaupom menyentuh orang yang mengidap penyakit ini.


Adakah kena kawal pemakanan?
Jawapannya tidak. walapom rakan rakan aku banyak suruh aku jadi vegeterian... mana boleh aku anak melayu kampung.. makan perlbagai jenis makanan... berdasarkan apa yg aku baca dari sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia, tiada apa-apa kaitan di antara psoriasis dengan makanan. Psoriasis juga berlaku di dalam semua kaum di Malaysia walopom juadah makanan setiap kaum amat berbeza.


Apa yang boleh menjadikan ia lebih kritikal?
Tekanan fizikal dan emosi boleh membuat psoriasis bertambah teruk. infeksi, kulit kering dan sesetengah ubat seperti ubat pil steroid, beta blocker yg digunakan untuk rawatan darah tinggi dan lithium, sejenis ubat yg digunakan untuk rawatan tekanan jiwa.

Boleh jejas hubungan seks ke?
Sepatutnya tidak sedikit pun menjejaskan perhubungan seks sekiranya pasangan mengidap psoriasis.boleh rujuk doktor jika ada keraguan.

boleh jejaskan proses kehamilan?
tidak. kalo perempuan subur dah tentu boleh hamil dan bayi atau kandungan adalah seperti biasa. Jikalo seorang wanita itu hamil, kadangkala, keadaan psoriasis bertambah baik semasa hamil. sebaliknya mungkinbertambah buruk.

Adakah anak-anak mengidap psoriasis?
adalah disyaki terdapat kaitan genetik dalam penyakit ini tetapi sukar untuk membuat ramalan samada anak anda akan mengidap penyakit ini atau tidak.
terdapat keadaan di mana beberapa ahli keluarga mengindapi psoriasis pada masa yg sama. Ada juga pesakit psoriasis ni tidak mempunyai sebarang sejarah keluarga yg mengidap psoriasis.

No comments:

Popular Posts