STRESS




Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres.

Stres ialah tindakbalas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan. kita semua mengalami stres dirumah, sekolah atau tempat kerja.

kita perlu sedikit stres untuk berfungsi secara berkesan. Adakalanya stres boleh juga menjadi faktor motivasi terhadap perkembangan hidup seseorang. Stres yang keterlaluan boleh jejaskan kesihatan.

Kenapa anda stres?
* Diri sendiri (contoh: anda kecewa, anda tidak dapat apa yang anda mahu)
* keluarga anda (contoh: Masalah dengan suami/isteri dan anak, pindah rumah, masalah kewangan.)
* pekerjaan anda (Contoh: anda tidak dapat menyiapkan kerja, anda tidak cemerlang dalam kerja, ketua anda tidak berpuas hati dengan kerja anda, anda tidak di naikkan pangkat atau dibuang kerja)
* Komuniti anda (contoh: jiran dan komuniti tidak ramah)

Bila anda rasa stres...
- jantung berdengup kencang dan sukar bernafas.
- anda cepat marah.
- anda tidak gembira.
- anda kehilangan selera makan.
- anda hilang minat berkerja.
- anda tidak lagi menikmati hobi.
- anda tidak cukup tidur.
- anda menenking-nengking.
- anda membaling sesuatu
- anda cuba menjauhkan diri


Apa yang sepatutnya dilakukan bila kita marah:
^ menyedari yang anda sedang marah.... katakan: "saya sedang marah"
^ Bertenang..... kira sehingga 10, tarik nafas panjang dan mengucap.
^ cuba dengar penjelasan orang lain.
^ kenal pasti kenapa anda marah
^ cuba dengar penjelasan orang lain.
^ jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hati atau menghukum orang lain.
^ anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan.
^ membiasakan diri memaafkan -manerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesilapa.

No comments:

Popular Posts